...HIDUP MASIH PANJANG..SO..ENJOYY...EfaShaari...

FIND

Selasa, Mei 17, 2011

ALL PENGGUNA VCO SOFTGEL..

1-Kenapa bila saya makan vco/collagen ni makin byk jrwat naik? nanah2 pn ada?'

2-Kenapa kulit jadi gatal eh? Kenape badan rasa letih je eh?

3- Kenape rasa macam dahaga gile since mkn vco/collagen, pening2 pn ade.


VCO / Collagen from Catalyst adalah diperbuat dari sumber semulajadi . Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan supplement atau minuman/makanan kesihatan ni ? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan VCO/ Collagen :

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement

2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya

3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:



Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.

Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.


Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.

Then kenapa proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan macam tu?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari.

Selasa, Mei 10, 2011

TUDUNG???

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

USIA PERNIKAHAN???

Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan... ....

Sebelum tidur:6 minggu: selamat titun sayang, mimpi indah ya, mmmuach.
                       6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.
                       6 tahun : Sana sikit lah... tidur kalau tak mengepit tak boleh eh???!

Pakai Toilet:6 minggu: tak apa, u dulu saja lah, i tak buru2 .
                    6 bulan: masih lama tak ini?
                    6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pergi lah gunung ledang sana!!

Balas SMS:6 minggu: iye sayang, kejap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u..
                   6 bulan: trafik jam ah
                   6 tahun: ok..

Dating process:6 minggu: I love U, I love U, I love U.
                         6 bulan: Of course I love U.
                         6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah dengan u??

Pulang kerja:6 minggu: Honey, i dah balik ini...
                     6 bulan : I'm BACK!!
                     6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):6 minggu : Sayang, i harap u menyukai cincin yang i beli
                                   6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
                                   6 tahun : ini duit, u beli sendiri lah apa yang u nak..

Telefon:6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual dengan u di telefon ini
             6 bulan : Eh...your call...
             6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

Masakan:6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazaattt...! !!
               6 bulan: Kita makan apa malam ini??
               6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?

Memaafkan:6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh
                    6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh itu.
                    6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pun tak paham!!

Baju baru:6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
                6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
                6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


M’rancangkn Holiday:6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yang unak honey?
                                     6 bulan: Kita ke Bukit Bintang saja lah ....senang sikit tak perlu naikflight...
                                     6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH saja TAK BOLEH EH? BUANG DUIT saja!

TV:6 minggu: Baby, apa yang kita nak tonton malam ini ?
      6 bulan : Sekejap eh, cerita bagus ah.
      6 tahun: JANGAN TUKAR2 boleh?

WANITA DENGA 7 M

Menurut Encik Rahmat Ismail, Pakar Motivasi, untuk kelihatan cantik, seseorang wanita perlu memiliki kualiti ‘ 7M ‘. Iaitu

Musyarakah
        seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri

Murakabah
        mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri

Muhasabah
        sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya

Muakobah
        sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna

Muqarrabah
        sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t

Mujahadah
        berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri

Muarabah
        cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri

WASIAT NABI MUHAMMAD


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W   ***

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai
yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.