...HIDUP MASIH PANJANG..SO..ENJOYY...EfaShaari...

FIND

Ahad, November 28, 2010

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selaku ikutan dan teladan yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia, tidak sekali-kali melepaskan peluang mendo'akan kebajikan untuk orang lain bagi mengambil pahala daripadanya. Menurut Baginda bahawa do'a itu merupakan satu ibadat. Selain daripada beroleh pahala dari berdo'a itu sendiri, mendo'akan orang lain juga merupakan suatu amalan kebajikan dan setiap kebajikan itu pasti mendapat ganjaran pahala. Dengan yang demikian, mendo'akan kebajikan untuk orang lain mempunyai dua ganjaran pahala.

Dalam hal ini, Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam disakiti, bahkan dilukai, Baginda masih mendo'akan kebajikan untuk orang-orang yang menyakiti dan melukainya. Semasa perang Uhud, gigi Baginda patah dan muka Baginda luka sehinggalah berdarah akibat angkara musuh. Pada saat itu para sahabat merasa geram terhadap kebiadapan musuh itu, lalu meminta Baginda agar sudi berdo'a supaya musuh-musuh yang terdiri daripada kafir Quraisy Makkah dibinasakan oleh Allah Ta'ala. Tetapi Baginda hanya menjawab dengan penuh kasih sayang : "Saya tidak diutus sebagai tukang laknat, akan tetapi saya diutus adalah sebagai penyeru kepada kebajikan dan sebagai rahmat ......" Lalu Baginda mendo'akan kaum Baginda yang belum Islam :

"Ya Allah, tunjukilah kaun-kaumku, kerana mereka belum mengetahui".

Selain dari itu, dalam banyak hadis, Baginda telah mendo'akan kebajikan untuk orang lain, di antaranya :

  • Mendo'akan supaya Umar bin al-Khatab boleh meneguhkan Islam (Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi).
  • Seorang lelaki datang menemui Baginda meminta nasihat kerana ia hendak musafir. Setelah lelaki itu beredar, Baginda berdo'a : "Ya Allah dekatkanlah untuknya perjalanan yang jauh dan mudahkanlah perjalanannya". (Hadis riwayat Tirmizi).
  • Mendo'akan supaya dosa Abu Salamah diampunkan dan ia tergolong orang-orang yang mendapat hidayah. (Hadis riwayat Muslim).
  • Mendo'akan supaya diberi keampunan untuk orang-orang Ansar, anak dan cucu-cucu mereka. (Hadis riwayat Muslim)
  • Mendo'akan supaya Anas (pelayan Baginda) memiliki harta dan anak yang banyak berkat (Muttafaq 'alaih).
  • Mendo'akan supaya puak Thaqif mendapat hidayah (Hadis riwayat Tirmizi).
  • Mendo'akan supaya orang-orang yang memimpin umatnya dikasihi Allah sekiranya pemimpin itu kasih kepada mereka (Hadis riwayat Muslim).
  • Sesuai dengan fungsi Baginda sebagai contoh dan teladan umat, maka setiap yang Baginda lakukan itu, bermakna umatnya juga adalah disuruh melakukannya. Jika seseorang itu belum Islam, dido'akan supaya ia beroleh hidayah, supaya masuk Islam. Jika ia orang Islam, maka do'akanlah supaya ia bertambah iman, taqwa, jadi baik, murah rezeki, lanjut usia dan lain-lain kebajikan.

    Orang yang paling utama dido'akan oleh orang Islam supaya ianya beroleh kebajikan ialah orang yang dianggap akan lebih banyak memberi manfaat kepada Islam dan umatnya, seperti ulama, ketua dan pemimpin Islam. Dengan adanya kebajikan yang dido'akan itu pada diri orang yang dido'akan, kebajikan itu bukan hanya untuk dirinya sendiri, bahkan akan merata kepada Islam dan umatnya. Jika ada orang yang ditimpa kesusahan do'akan supaya ia beroleh ketenangan. Jika yang baharu berkahwin do'akan supaya mereka beroleh zuriat yang salih. Jika ada orang yang beroleh rahmat, do'akan supaya ia mendapat berkat. Jika ada orang yang menyambut hari ulang tahun, do'akan supaya usianya lanjut, senantiasa beroleh hidayah dan taufiq.

    Mendo'akan kebajikan untuk orang lain, kita tidak akan kekurangan dan kerugian apa-apa, bahkan akan beroleh ganjaran pahala di samping akan dido'akan orang lain pula, Insya Allah. Cuba kita renungkan, berkat do'a-do'a Baginda Nabi untuk orang lain, sehingga sekarang pun orang masih berdo'a Baginda dicucuri selawat dan salam. Sesungguhnya pada diri Baginda terdapat contoh teladan yang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan