...HIDUP MASIH PANJANG..SO..ENJOYY...EfaShaari...

FIND

Khamis, Mac 03, 2011

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran  solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah swt. Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja yaitu :

1.    Taat kepada Allah dan RasulNya

2.    Taat kepada suami



Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1.    Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah swt?



1.    Mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi dari segala-galanya.

2.    Wajib menutup aurat

3.    Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

4.    Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya mahramnya.

5.    Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

6.    Berbuat baik kepada ibu & bapa

7.    Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

8.    Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

9.    Bersikap baik terhadap tetangga

10.    Taat kepada suami

11.    Memelihara kewajiban terhadap suami

12.    Sentiasa menyenangkan suami

13.    Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.

14.    Tidak cemberut di hadapan suami.

15.    Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

16.    Tidak keluar tanpa izin suami.

17.    Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

18.    Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

19.    Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.

20.    Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan