...HIDUP MASIH PANJANG..SO..ENJOYY...EfaShaari...

FIND

Rabu, Februari 02, 2011

CinTa Dia??

Intip Cinta Si Dia…
Anda mengenali wanita yang disukai, tetapi sejauh mana anda tahu akan cintanya? Banyak perkara anda tidak tahu tentang cinta dan wanita. Nah! Perkara-perkara berikut yang harus anda ambil berat.
GUYS, AMBIL SERIUS SOAL INI!
1. Apabila seseorang wanita cuba membina perhubungan bersama lelaki yang disukainya dengan membicarakan tentang masalah dan kehidupan peribadi, kebanyakan lelaki tidak memahami apa yang sedang cuba dinyatakan wanita itu.
2. Wanita tidak suka apabila diminta dirinya berubah. Ini membuatkan mereka berasa serba tidak kena atau kurang sempurna. Mereka ingin lelaki mendengar dan membentuk hubungan yang lebih rapat.
3. Wanita mempunyai keperluan yang kuat di dalam DNA mereka kerana untuk meneruskan gen kepada anak-anak mereka. Tetapi ini tidak mudah dilakukan tanpa perlindungan dan sokongan daripada lelaki. Keperluan ini masih di dalam DNA wanita, dan wanita meletakkan keutamaan tinggi untuk mencari lelaki yang akan bertahan melindungi serta menyokong mereka dan anak-anak.
4. Kebanyakan wanita memperhatikan bagaimana lelaki mengumpul kuasa dan sumber. Wanita inginkan pasangan yang mendedikasikan diri dan sumber bagi kelangsungan hidup untuk dirinya dan anak-anak. Wanita inginkan pendekatan emosi tetapi kebanyakan lelaki mencari keintiman fizikal.
KENAL CINTA SI DIA MELALUI ZODIAK
Aries ( 21 Mac – 19 april)- Mudah kecewa dan mudah lupakan untuk cari yang lebih baik. Inginkan seorang ‘romeo’, lelaki yang kuat, tidak semestinya kuat fizikal, tetapi berkarakter, keinginan peribadi tinggi dan berwawasan.
Taurus (20 april 20 – 20 Mei)- Mengutamakan kebendaan. Mencari hubungan yang mendalam dan abadi, tetapi nalurinya mendorong tertarik kepada lelaki seksi yang bukan untuk hubungan jangka panjang. Dia mahukan seseorang yang dapat beri jaminan, memiliki kekayaan dan kekuasaan.
Gemini (21 Mei -20 Jun)- Sukar dijangka. Dia benar-benar cinta dan boleh bertukar kepada cinta lain pada masa yang sama. Cara terbaik untuk ‘menangkap’ Gemini adalah dengan melakukan sesuatu yang istimewa sehingga dia akan berkali-kali datang kepada anda, dan mulai menaruh cinta.
Cancer (21 Jun- 22 Julai)- Serius dalam cinta dan mencari hubungan jangka panjang. Seorang yang ‘marriageminded’, mencari kestabilan dan kepercayaan pada lelaki dalam membina rumahtangga, Keluarga dan kehidupan bersama. Itu perkara yang sangat signifikan untuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan